20110125
Kisah Hantu 1 posted at 10:27 AM
Comment 2 Comment(s)
tetibe pulak kan nak citer pasal hantu nie..
aku pulak memang la peminat citer2 genre kehantuan nie..
hehe hantu majlis hindi..
"nak wat citer macam selepas tahlil waktu malam la..
tapi maksud aku sebenarnye malam tu ada majlis kenduri2 kat rumah jiran..
aku yang memang sejak azali blurr pon tak pernah la nak ambil tau tu kenduri ape.."
Pada suatu senja yang indah pada bulan September 2006 (kot. agak2 jer), aku bersama keluarga yang sedang bersantai di depan ruang tamu dua yang terletak berhampiran dapur satu rumahku dikejutkan dengan bunyi-bunyian. ( bpe byk runag tamu n dapur kn.. byk) Bunyi-bunyian yang terlalu kuat berkumandang sehingga boleh mengakibatkan ulser telinga itu kedengaran seperti bunyi alat2 muzik tradisional india. Aku yang sedang fokus menonton rancangan kartun ape tah di TV3 sambil menikmati hidangan pisang goreng yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh ibu itu, terkejut lalu hilang perhatian dan pemerhatianku terhadap kartun dan pisang goreng tadi. Aku bergegas ke bahagian pintu slide ruang tengah rumahku untuk memerhati punca bunyi-bunyian itu. "Laa.. Kenduri kahwin rupanya weh..", kata aku kepada adikku yang berdiri disebelahku. Aku yang sedang asyik mengintai disebalik tirai biru kehijauan rumahku itu dikejutkan oleh suara ibuku. "Watpe tu ui~ menghendap ke?". "Mane ade mama. Orang tengah tengok2 jer la.. Rilek la.. bukan ade mamat hensem pun kat rumah sebelah tu. Perempuan sumer..", balas aku. "Mama, sis sebelah yang mane satu yang kahwin ma?", tanya adik kepada mama. Sudah kebiasaan kami memanggil jiran sebelah rumahku yang terdiri daripada tiga beradik itu dengan panggilan sis kerana mereka ketika itu masih belum mendirikan rumahtangga dan merupakan anak-anak yatim piatu. Namun mereka semua berjaya dan telah berkerjaya. "Lah sape pulak kahwin ni? Hahaha~ (gelak betul ibu aku). Depa buat kenduri doa untuk family dia. Macam tahlil la..", ibu menjawab. "Pandai je la korang sis tu nak kahwin.", tambah ibu. "Hahaha3 ( gelak skali la ap lg). Mane la orang tau mama.. ", kata aku.
Majlis disebelah rumahku semakin galak berlangsung setelah matahari betul-betul hilang cahayanya di ufuk senja. Bunyi-bunyian yang sebelum ini hanya memainkan bunyi beberapa alat muzik tradisional telah ditambah dengan bunyi alatan muzik baru dan bunyi-bunyian juga semakin kuat bergema di ruang rumahku. Biasaanya rumah batu yang mempunyai ruang yang luas dan tidak dipenuhi perabot akan membalikkan suara di sekeliling ruang itu dan menyebabkan kesan gema. "Eish.. bising giler la.. (time ni aku xpakai ayat giler.. gne sangat lg)", bebel aku kepada adik. Aku akui bahawa aku tidak senang duduk pada malam itu kerana memikirkan sound pollution yang terjadi di rumahku. Solat maghribku juga terganggu dek kerana bunyi yang kuat itu. Namun, aku bersabar dan mendengar pesan ibu untuk bersantai di dalam bilik sahaja.
Dalam pada masa yang sama,berlaku kisah yang lain di rumah jiran belakan rumahku. “Pranggg!!!!!!, bunyi pinggan pecah berderai ke lantai dapur dan disusuli dengan jeritan di dapur. Bella merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun 6 ketika itu dan juga seorang yang sangat mesra dalam berkawan sehingga menjadi teman rapat keluargaku. “aaaaaaaaa… Abang…!!! Tolong!!!! (mandai je aku reka2 jrit nih.. haha3)”, jerit ibu Bella sekuat hati dengan nada yang sangat mencemaskan. Bella bersama ayahnya yang sedang gembira dan bersuka ria senang hati bermain kucing parsi bernama Teddy di ruang tamu rumahnya dikejutkan dengan bunyi-bunyi tersebut lalu bergegas ke dapur sehinggakan Teddy, kucing parsi mereka dicampakkan ke sofa.
Mereka terlalu risau akan ibu Bella sehinggakan ayah Bella tersadung coffee table lalu terjatuh ke atas sofa tempat kucing mereka, Teddy dicampak tadi. "Meoww!!!". Oleh kerana sangat terkejut, Teddy mencakar dada ayah Bella lalu melompat pergi dari sofa dan menuju ke pintu depan rumahnya dan mencarik-carikkan kukunya di atas floor mat bertulis “Welcome”. Abang Bella kemudiannya berlari ke arah mereka dengan penuh kerisauan dan cemas. “Ayah! Ayah! Mak pengsan kat dapur!”, kata abangnya sambil bernafas kencang. Ayahnya menunjukkan riak muka kerisauan dan mencuba untuk berdiri dengan keadaan dadanya yang tidak berbajukan pakaian dicalar dengan cakaran Teddy (nsib baek kucing aku jnis takut men cakar2). Bella membantu ayahnya berdiri dan menuju ke dapur rumah mereka dan disusuli abangnya. “Mak!”, teriak Bella yang melihat ibunya terbaring di hadapan mat berhadapan dengan sinki dan berhampiran serpihan kaca pinggan percuma pembeliansabun daia yang pecah.
Ayah Bella mengangkat ibu dan meletakkan nya di atas sofa di ruang tamu rumah dan disusuli Bella yang membawa air untuk ibunya. Abangnya mengeluarkan bantal dan kain cadar dari bilik tidur untuk diletakkan di atas sofa. Mereka memandang wajah ibu Bella dengan harapan akan sedar pada bila-bila masa. Ayahnya merenjiskan sedikit air ke muka ibunya sambil ibunya dikipaskan oleh abang nya. Beberapa minit kemudian ibunya tersedar dan menggigil ketakutan. Mereka risau melihat keadaan ibu Bella. “Kenapa? Kenapa ni? Bawak bertenang kay..”,Tanya ayah Bella kepada ibu Bella. Ibunya mengumpulkan tenaga dan duduk di atas sofa perlahan-lahan dan memeluk bantal yang ada seperti gelagat kanak-kanak kecil sewaktu bangun dari tidur. “Kat situ… hantu..”, kata ibu Bella dengan nada perlahan dan terketar-ketar. Bella merasakan bulu romanya meremang setelah ibunya berkata sedemikian dan mula menangis kerana takut. Ayahnya ke dapur untuk melihat apakah yang dikatakan ibu Bella itu benar. “Allah!”, terucap kalimah suci itu dari bibir ayah Bella. Benar. Di luar tingkap berhadapan sinki dapurnya itu yang juga memperlihatkan pagar bahagian belakang rumahku dan rumah jiran kaum India di sebelah, berdirinya makhluk itu sambil memandang tepat ke arah bahagian dalam dapur. Ayah Bella membaca cebisan ayat-ayat al-Quran dan merenjis air yasin yang disimpan ke seluruh isi rumah. Makhluk itu kemudiannya tidak kelihatan lagi di tingkap rumahnya dan ayahnya mengucap syukur.
Keesokannya, oleh kerana hari itu merupakan hari minggu, menjadi rutin mingguanku untuk tinggal di rumah sahaja. Aku selalu bermain bersama adik-adikku di rumah jika hari minggu kunjung tiba. Ketika aku sedang bermain permainan Jutaria yang digilai kanak2 sekolah rendah ketika itu, ibu menyanyakanku perihal kejadian malam semalam. “Ehh kak.. Tau tak semalam ade apa kat rumah Bella?”, tanya ibu. “Lah.. mane lah orang tau mama kalau tak bagitau.. haha”, aku menjawab. “Rumah Bella ade hantu malam tadi, katenyer hantu India.. siap ikat2 kepala..”. “Heee nasib baik korang tak main kat kuar malam tadi.”, tambah ibu. Hantu India yang melawat tanpa diundang itu sebenarnya bagi aku tersalah rumah. Kerana kenduri yang diadakan jiranku itu untuk kelurga mereka yang telah mati, mungkin juga roh-roh keluarga mereka berkeliaran untuk melawat rumah mereka.
Itu jer cite hantu dari aku.. kisah ni benar tau.. adela auta ckit bab jerit over2 tu..
oh yea dulu suke main kat luar time malam2.. maen gelongsor, buaian. rumah aku ade taman permainan sendiri.. ^_^
 |
| ni la playground kt kaw. rumah sndri.. chomei |
Hehe
Perasaan Seram : huhu aku taip nie kul 6.30 pg.. tu pun rse tkut.. heee~
Labels: budak comel, citer hantu, cute, hutan melintang, jiran india, kucing parsi