about
Life is plastic but it does have an end
I'm 20. Which I suppose I couldn't remember every single day. Oh my. I miss those days back then.

*haha sori. mesti kau takutkan nak baca blog ni.
killing stares. ya tabs is collapsible

amigo kakak dinosour read more entries

Adik dinosour.




20110423
Signing in as.. posted at 11:21 AM Comment 0 Comment(s)

inilah dunia IT yang juga disebut sebagai information technology.
kadang2 aku dengar ada orang cakap, "eh .. aku mane pandai it nie."
tak pun "aku kan buta it."
tambah lagi.. "ko lain la.. pandai it.. amek it."

hehe tu dia. sampai lemas aku sebgai student it ni diperkotakkatikkan. eh tak pun di cakap2.
*tak tau la istilah nye ape*
em so, aku nak cite sikit je.

Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.
Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik.
Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output.
Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi tertentu. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.

Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card).   dr www.budakboy.netfirms.com



◄ Previous Newer ►